Wednesday 2 January 2008

cuti2 england

hubby aku balik dari board meeting dia dibrunei on 28/12. keesokkan hari dia mengajak kami pergi keoxford utk shoppings kat bicester village. let me tell you aper bicester village nie. saper yg dok england sure tau bicester village nie hah.

bicester village merupakan outlets bagi jenama2 branded yg masyur seluroh dunia. nko nak cari daripada pakaian, kasut, alat2 solek, barang2 kulit aper saja lah sehingga kesyampoo dan pinggan mangkuk. jenama nie terdiri drpd escada, cd, salvatore ferragamo, moschino, molton brown, locittane, bose dll. nko pk jer lah sendiri jenama aper yg nko suker sumer nyer ader hah.

maka bershoppings sakan ler laki aku n aku. aku tak beli banyak hanya sehelai jean, 2 helai bra n sepasang boot dari clark. utk baraka aku belikan dia kasut sekolah, pakaian dari ralp lauren n aksesori dari accessorize. maid aku beli tshirt kat burberry. laki aku lak jgn citer lah dia mmg hantu shoppings. dia borong banyak baju kat peberet store dia Zegna. tapi mmg murah siot ler kan compare kalo nko orang pergi kat boutique dia orang.

aku nak beli lingerie n perfume dari agent provocateur tapi mak datuk rega dia beratus2 £. timer kasih hah! selepas penat membeli belah we decided to stay the nite dioxford. we stayed kat holiday inn n esok paginya kami pergi keoxford uni, bawak baraka tengok oxford town n their famous university tu!

selepas itu kami bertolak kearah windsor sbb nak bawak baraka pergi kelegoland. nnt aku sampung

m back

salam utk kengkawan sumer dan selamat tahun baru 2008. semoga tahun ini lebih ceria utk sumer kawan2 ku!

lama sungguh aku menyepi. sejak aidilfitri masuk keaidil adha. sepanjang ramadhan aku tak sihat so aku mengambil cuti tanpa gaji tak update aku nyer blog. guys/gals u donno what i went thru. hidup aku sungguh bercelaru sekarang tapi dengan izin Allah aku dapat kuatkan semangat aku. insyaAllah berkat doa kawan2 aku akan terus kuat didalam mengharungi sisa2 perjalanan hidup ini yg aku sendiri tidak tahu titik noktah nyer.

i have been back to msia early december. supposer to balik on the 5th tapi biler aku dah checked in bagai aku kena bumped off the aeroplane. ader hikmah nyer naper aku kena bumped tu kerana ia mengingatkan aku kepada kudrat Allah Ajjaullah. kita merancang tapi DIA aderlah perancang yg lebih baik yg tidak ader silap n salah.

aku sampai msia pada 7/12 n stayed there until 23/12. sepanjang aku kat msia aku terlalu bz sehingga tak dapat bertemu sesaper pun. alhamdulillah finally cream glyco aku mendapat approval MAL dari government. lama sungguh aku tunggu n berbaloi jugak ler duit yg aku keluorkan utk dapat kelulusan MAL nie. aku tau cream aku bagus cuma utk mendapat kelulusan yg cepat aku kena ler erk....erk....naikkan borang aku kat atas. bukan aper cuma nak cepatkan proses pengeluaran MAL tu ajer. percaya lah aku masih rakyat msia yg gemilang, terbilang dan byk lang2 lagi.

aku dgn partner aku suib berkerja round the clocks semasa aku dimsia. kebetulan jugak kami mendapat mandate utk beberapa projects. tu ler yg bz sangat sampai ader masanya kami kekurangan tidor. meetings sepanjang lebuhraya utara selatan. insyaAllah aku berdoa pada Illahi semoga project kami ni berjalan lancar.

aku namakan projects aku nie 'wahyu'. insyaAllah esok suib akan present documentations n aku benar2 berharap kami akan berjaya.

so kepada kengkawan sumer aku memohon beribu2 ampun dan maaf kerana tak contact nko orang sumer. m really bz meh!